"Tak padan kaki bengkak, nak juga nyanyi"- Datuk Seri Siti Nurhaliza


BIARPUN keadaan kaki membengkak akibat sarat hamil, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memilih untuk menyampaikan sebuah lagu di majlis resepsi adik kesayangannya, Siti Sairah.


Siti menyampaikan lagu berjudul Mencintaimu duet bersama kakaknya, Saida di majlis yang berlangsung dengan meriah semalam.


Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, Siti memuat naik video pendek persembahan tersebut. “Tak padan dengan kaki bengkak, nak juga nyanyi. Semoga saling menyintai #sairahxsharidan,” tulisnya.



Sumber : Awani

No comments