Setelah Ibunya Meninggal Wanita Ini Cuba Mengambil Wang Simpanan Ibunya.. Tapi Tibanya Di ATM Dia Sangat Terkejut…
Tahukah anda,ramai anak yang hanya peduli pada harta peninggalan yang ditinggalkan orangtua nya selepas orang tua sudah meninggal. Sebelumnya, mereka langsung tidak pernah peduli pada pengorbanan seorang ibu hingga ia jatuh sakit dan anak-anaknya yang sudah dewasa enggan merawatnya.
Sama hal nya dengan wanita ini, kecuali dia berhasil memiliki akses simpanan ibunya. suatu hari Linh menerima panggilan telefon bahawa ibunya baru saja meninggal. Berita yang mengejutkan itu jelas membuat Linh tergamam. Setelah hari pengebumian, Linh kembali ke rumah lamanya, dimana tempat ibunya tinggal seorang diri saat Linh pindah ke ibu kota untuk bekerja. Linh mulai membersihkan semua barang-barang ibunya, kemudian ia menemukan kad ATM ibunya.
Dia pun pergi ke ATM terdekat untuk mengambil baki wang ibunya. Tanpa banyak berpikir kerana yakin ibunya menggunakan tarikh lahirnya sendiri sebagai PIN. Ternyata Linh salah, PIN yang dipakai ibunya bukanlah tarikh lahirnya.
Linh pun memeras otak berpikir, ia cuba mengingati bahawa sejak ayahnya meninggal, ibunya hanya fokus menjaga dirinya dan tak pernah berkahwin lagi. Linh pun yakin bahawa ibunya menggunakan tarikh lahir suaminya sebagai PIN. Ia mencuba memasukkan PIN untuk kali kedua, namun gagal. Saat itu Linh mulai kecewa kerana tak dapat mengeluarkan wang dari akaun ibunya. Kerana ingin juga tahu dia mencuba sekali lagi tapi kad ATM nya ditelan. Linh tak punya pilihan lain melainkan ke bank membawa surat-surat kematian ibunya dengan maksud mengambil wang itu. Namun ternyata, ibunya memutuskan untuk tidak memberitahu maklumat peribadi pada siapapun, termasuk anaknya.
Meski bank mengeluarkan kembali kad ATM ibu Linh, Linh harus kembali berfikir tentang PIN. PIN itu pasti kombinasi angka yang mudah diingat ibunya. Tiba-tiba, Linh teringat sesuatu. Linh teringat hari perkahwinannya, hari di mana ibunya berkata bahawa ia amat bahagia.
Di hari itu jugak lah ibunya terus berkata pada suami Linh agar menjaga putrinya dengan baik. Linh kemudian mencuba memasukkan tarikh perkahwinannya. Ternyata berhasil. Linh tidak dapat menahan air matanya. Lebih lagi setelah dia berkahwin dan sibuk dengan pekerjaannya, Linh jarang pulang ke rumah. Menelefon ibunya juga jarang sekali.
Namun, ibunya masih terus menyayanginya dan bahkan menjadikan tarikh perkahwinan Linh sebagai sesuatu tarikh yang penting. Linh terus merasa bersalah kerana tidak dapat menghabiskan masa bersama ibunya. Bahkan ia tak ada di sana di hari terakhir ibunya. Sekarang Linh berhasil mendapatkan wang itu, namun akhirnya dia hidup dalam penyesalan dia sudah tak dapat lagi melihat ibunya.
Semoga setelah membaca kisah Linn, kita dapat menjadi lebih menyayangi dan memberi perhatian kepada ibu kita.
Sumber : sinalau news via ikisahbenar
Post a Comment