"Saat kau berasa sedih, saat itu Allah memelukmu"- Elfira Loy
SELEPAS pertunangannya dengan penyanyi Sufian Suhaimi putus, pelakon Elfira Loy meluahkan perasaannya di Instagram (IG). Menerusi sebuah entri Elfira Loy memberitahu, di saat dia sedih dan kecewa, pelakon itu percaya Allah sentiasa ada bersamanya.
“Saat kau merasa jatuh,saat itu Allah sedang menangkapmu . Saat kau merasa sedih, saat itu Allah sedang memelukmu . Saat kau merasa hampa, saat itu Allah sedang mengisimu . Saat kau merasa sepi ,saat itu Allah datang kepadamu . Saat kau merasa sakit ,saat itu Allah mengubatimu,” tulisnya.
Elfira dalam entri yang sama turut memuat naik fotonya sedang berpaling menghadap tingkap. Entri tersebut mendapat perhatian peminat dan rakan artis yang rata-rata memberi kata-kata semangat supaya meminta Elfira kuat dengan dugaan yang dihadapi.
Beberapa hari lalu berita perpisahan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi mendapat liputan media tempatan. Ia membuatkan ramai bersimpati dengan kedua-dua artis itu.
Ibu bapa Elfira dan Sufian sudah pun memberi respon mengenai perkara ini. Bagaimanapun Elfira yang kini sedang berada di New York belum memberi sebarang kenyataan rasmi kepada media.
Sumber : Awani
Post a Comment