Remaja belanja RM5,400 sebulan untuk jadi manusia Barbie
PRAGUE, Republik Czech – Seorang remaja berusia 18 tahun sanggup membelanjakan AS$1,400 (RM5,470) sebulan semata-mata untuk menjadi manusia Barbie.
Gabriela Jirackova, berkata, dia bergantung kepada wang ibu bapanya bagi menjalani pembedahan kosmetik pada setiap bulan memandangkan dia tidak mempunyai sumber pendapatan. Jirackova mengakui mula obses dengan prosedur itu sejak berusia 16 tahun di mana dia telah menjalani pembedahan pertama untuk membesarkan payudara.
Gambar sebelum pembedahan
Dia turut menjalani pembedahan solekan kekal, membesarkan bibir, punggung selain turut membuang beberapa tulang rusuk bagi mendapatkan bentuk badan yang ramping.
“Saya sebenarnya terpengaruh dengan beberapa wanita lain yang pernah menjadi manusia Barbie selain terlalu obses dengan anak patung Barbie saya,” katanya.
Setakat ini, Jirackova dipercayai memiliki kira-kira 300 koleksi Barbie yang disimpan sejak berusia lima tahun. – Agensi
Post a Comment