Peminat tidak sabar lihat 'kemesraan' Neelofa dan Zul Ariffin


PELAKON dan pengacara jelita, Neelofa sudah memulakan penggambaran drama terbaharunya, "Ti Amo Sweetheart 100" dengan gandingan aktor kacak Zul Ariffin di Rom, Itali. Neelofa berkongsi suasana penggambaran drama itu menerusi IG Story.


Drama arahan Michael Ang ini merupakan adaptasi novel hasil karya Suri Ryana dan bakal ditayangkan di saluran Astro sempena Hari Raya Aidil Fitri nanti. Neelofa mengumumkan gandingannya bersama Zul Ariffin ketika mengacara Meletop minggu lalu.


“Ini adalah hadiah buat peminat yang selama ini menyokongnya,” ujar Neelofa, lapor Utusan Online. “Tidak sangka pula ramai yang teruja dan gembira tetapi saya berterima kasih kepada peminat yang menyokong. Memang sengaja saya buat kejutan sempena ulang tahun kelahiran saya tidak lama lagi.



“Insya-Allah, kami akan menjalani penggambaran di Rom, Itali pertengahan bulan ini dan drama tersebut akan ditayangkan tidak lama lagi,” katanya yang mengakui tidak sabar untuk kembali ke set penggambaran,” kata Neelofa.


Bagaimanapun, kebanyakan peminat kedua-dua pelakon ini tidak sabar melihat adegan 'kemesraan' lakonan Neelofa dan Zul Ariffin dalam drama tersebut. "Neelofa dan Zul Ariffin bergabung! Saya sangat teruja. Terima kasih Neelofa sebab tunaikan hasrat peminat. Sayang kamu," luah Myn Famieza.


Sumber : Awani

No comments