Padah ramas kemaluan pemain lawan

ARNHEM - BELANDA . Pemain pinjaman Chelsea, Matt Miazga yang dipinjamkan ke kelab Vitesse Arnhem didenda gara-gara tindakannya meramas kemaluan pemain lawan.


Insiden itu berlaku ketika Vitesse terikat seri 1-1 semasa melayan kunjungan Heerenveen pada aksi Eredivisie di GelreDome pada 21 Januari lalu.


Dalam aksi tersebut, kamera sempat merakam tindakan nakal pemain dari Amerika Syarikat itu yang 'mencabul' Denzel Dumfries ketika kedua-dua pemain berada di kawasan kotak penalti semasa situasi bola mati.


Namun, pihak Vitesse tidak mendedahkan jumlah denda dikenakan ke atas pemain berusia 22 tahun itu.


"Kami kesal insiden itu telah menjadi tular. Tindakan itu tidak mencerminkan sikap ‘fair play’ yang kami amalkan selama ini.


"Kami harap Miazga tidak lagi mengulangi perbuatannya dan bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi selepas ini," kata pengarah teknikal kelab, Marc van Hintum. - Skysports


No comments