Majlis hari jadi bertukar tragedi

PETALING JAYA – Majlis hari jadi mengundang tragedi apabila dua beradik mati dibunuh pada majlis sambutan hari jadi anak rakan mereka dalam kejadian di Blok B, Pangsapuri Damansara Bistari di sini semalam.


Kedua-dua bersaudara itu dibunuh selepas berlaku pertengkaran dengan sekumpulan kenalan mereka yang turut menyertai majlis hari jadi yang berlangsung di sebuah khemah di pangsapuri itu.


Sambutan hari jadi itu membabitkan pemuda berusia 21 tahun yang tinggal di pangsapuri itu. Terdahulu tetamu kepada pemuda itu dijamu di sebuah restoran daun pisang yang terletak kira-kira 500 meter dari pangsapuri berkenaan.


Selepas makan, majlis hari jadi itu bersambung di bawah khemah yang dipasang di bawah Blok B. Di khemah tersebut te­tamu dan ahli keluarga yang menyertai sambutan hari jadi terus berkumpul sambil minum termasuk minum minuman keras.


Sumber : Kosmo


No comments