Kiraan hibah 2017 berdasarkan baki purata minimum bulanan - TH

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memaklumkan pengiraan hibah 2017 adalah berdasarkan baki purata minimum bulanan sama seperti tahun- tahun sebelumnya.


TH dalam satu satu kenyataan, hari ini berkata, para pendeposit boleh menyemak pengkreditan Hibah TH 2017 bermula Isnin, 12 Februari 2018, di kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat.


Semakan baki simpanan juga boleh dilakukan di mesin juruwang automatik (ATM) dan portal internet bank-bank rakan strategik - Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamik (Maybank2U) serta Portal Internet TH (THiJARI) dan aplikasi mudah alih (THiJARI).


Pada Rabu, TH mengumumkan agihan hibah atau bonus kepada pendeposit sebanyak 4.5 peratus dan tambahan hibah haji 1.75 peratus kepada yang belum menunaikan haji bagi tahun kewangan 2017 yang melibatkan pembayaran berjumlah RM2.7 bilion.


Sumber : Bernama


No comments