'Kenapalah pilih Zouk, Hajjah Neelofa...'


KUALA LUMPUR: Mungkin juga strategi pemasaran, mungkin juga ia bersifat 'dakwah'. Atau mungkin juga, ia hanya satu tindakan yang terhasil dari innocent mind.


Apapun, tindakan pengacara dan pelakon terkenal, Neelofa, menjadikan Zouk, Kuala Lumpur, sebagai lokasi pelancaran koleksi hijab terbaharunya mengundang persoalan dalam kalangan netizen.


Koleksi hijab Be Lofa di bawah jenama Naelofar Hijab itu dilancarkan serentak dengan majlis sambutan hari jadi Neelofa yang ke 29, di kelab malam itu. Dan seperti yang dijangka, ramai mempersoalkan kewajaran bagi Neelofa yang sudah bergelar Hajjah, mengadakan acara di sebuah tempat yang diketahui tidak sesuai untuk orang Islam.



Bukan itu sahaja, kelibat beberapa gadis bertudung yang dilihat rancak menari menerusi beberapa video yang dikongsi di media sosial, turut menjadi bahan perdebatan.



Bagaimanapun, peminat Neelofa beranggapan tindakan itu tidak lebih sekadar strategi satu pemasaran.



Apatah lagi, hujah mereka, acara itu dilangsungkan di event hall, yang mana sering dijadikan lokasi pelancaran dan perasmian produk.



Sumber : Awani

No comments