Harga Plat Aiman Tino RM40,000

KUALA LUMPUR- Penyanyi popular, Aiman Tino berjaya membida nombor plat kereta A1M yang dikeluarkan oleh Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) bernilai sekitar RM40,000 untuk menjadi miliknya.


Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri, 20, berkata, plat kereta yang bernombor AIM 477 andai dibaca sekilas seperti menyebut namanya dan membuatkan dia tertarik untuk cuba membida tahun lepas.


“Alhamdulillah, saya anggap pembelian plat kereta ini sebagai hadiah untuk diri sendiri selepas penat bekerja. Walaupun harganya agak mahal, namun saya berasakan ia berbaloi untuk simpanan peribadi.


“Saya akan gunakan plat ini untuk kereta saya sendiri namun setakat ini, saya masih belum memutuskan untuk membeli kereta apa. Jika diikutkan kereta idaman, saya amat menggemari jenama Volkswagen,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. - K! ONLINE


No comments