[GAMBAR] 5 Bilik Hotel Paling Mahal Di Dunia
Hotel merupakan antara perkara terpenting untuk difikirkan ketika ingin melancong. Ada sesetengah yang sangat cerewet berkenaan dengan hotel, dan ada yang tak kisah.
Antara salah satu faktor dalam memilih hotel adalah harga. Baru-baru ini kecoh Hanis Zalikha dan Hairul Azreen melancong dan tinggal di chalet berharga RM70,000.
Kami ingin berkongsi 5 bilik hotel yang paling mahal di dunia.
5. Shahi Mahal Suite di Raj Palace
Pasti anda tak jangka akan ada hotel di India dalam senarai ini. Shahi Mahal Suite di Raj Palace yang terletak di Jaipur India berada di kedudukan ke-5 bilik hotel paling mahal di dunia, iaitu RM189,000 untuk satu malam.
Ia terdiri daripada 6 buah bilik yang dilengkapi dengan perpustakaan, teater peribadi, bilik astrologi, dan staf dapur peribadi. Bayaran yang mahal ini termasuk dengan sebuah taman teres berkeluasan 2,230 meter persegi bersama sebuah kolam renang.
4. Ty Warner Penthouse di the Four Seasons Hotel in NYC
Jika anda nak ke New York dan merasai bilik hotel paling mahal di benua Amerika, boleh lah check in di Ty Warner Penthouse di Hotel Four Seasons. Bilik ini merupakan bilik hotel ke-4 termahal di dunia, dengan harga RM210,000 untuk satu malam.
Hotel yang mempunyai 52 tingkat ini mengambil masa 7 tahun, dengan kos RM210 juta untuk disiapkan. Bilik yang mempunyai 9 bilik itu merupakan hasil buah fikiran arkitek terkenal Peter Marino dan IM Pei, bersama pemilik hotel tersebut, Ty Warner.
Penthouse ini dilengkapi dengan 4 balkoni kaca, dalamannya dihiasi dengan kain tenunan dengan platinum dan emas, katil Jepun abad ke-18 dengan bantal sutera, chandelier yang menakjubkan, pembantu peribadi, personal trainer, pemandu peribadi Rolls-Royce, tukang urut dan pengurus perhubungan tetamu. Bilik ini juga mempunyai perpustakaan sendiri dengan lebih daripada 100 buah buku.
Dari bilik ini, anda dapat melihat pemandangan 360 darjah pemandangan langit Manhattan. Amacam, berbaloi tak?
3. Presidential Suite di Grand Hyatt Martinez Cannes
Dengan harga RM218,000 untuk satu malam, Presidential Suite di Grand Hyatt Martinez Cannes yang terletak di Boulevard de la Croisette, Cannes, Perancis adalah bilik ke-3 termahal di dunia.
Ia mempunyai 4 bilik tidur, dua lounge, sebuah ruang tamu, 2 bilik bacaan, 2 sauna, 4 bilik mandi yang setiap satu daripadanya mempunyai mandian hidroterapi serta air pancuran Turki.
Hiasan istimewa bilik ini adalah litografi asli daripada pelukis-pelukis terkemuka dunia seperti Pablo Picasso, Henri Matisse, Raoul Dufy dan Nicolas de Staël.
Bukan itu sahaja, tetamu juga dapat menikmati 2 taman di atas bumbung, yang mana setiap satunya dilengkapi dengan jakuzi dan pokok zaitun berusia 100 tahun, dan melihat pemandangan indah Teluk Cannes.
2. Grand Penthouse di The Mark
Berada di tangga ke-2 senara ini adalah Grand Penthouse di hotel The Mark yang terletak di New York City. Terletak di Upper East Side, Manhattan penthouse seluas 1,115 meter persegi ini mempunyai 5 buah bilik dilengkapi dengan perabot yang direkaa khas, lounge, perpustakaan, bar, ruang makan yang mampu memuatkan 24 orang.
Ia juga mempunyai lif khas yang membawa anda ke ruangan atas bumbung yang memberikan pemandangan menakjubkan bandar New York. Tak cukup dengan itu, hidangan berkelas dunia daripada tukang masak terkenal Jean Georges yang akan menghantar makanan romantik ke atas bumbung tersebut.
Harganya? Tak begitu mahal, hanya RM315,750 untuk satu malam.
1. Royal Penthouse Suit at the Hotel President in Geneva, Switzerland
Terletak di Geneva, Switzerland, Royal Penthouse Suite di Hotel President Wilson ditabalkan sebagai bilik hotel yang paling mahal atas muka bumi. Biasanya individu yang tinggal di sini adalah ketua-ketua negara, orang asing kenamaan, VIP dan juga selebriti. Antaranya termasuklah Bill Clinton, Michael Jackson dan Bill Gates.
Harga untuk bermalam di sini adalah RM350,000 semalam. Ternganga penulis. Apa yang anda dapat dengan membayar harga sebegitu mahal adalah 12 buah bilik yang masing-masing dilengkapi bilik air marmar yang mempunyai jakuzi dan barang mandian daripada Hermès.
Bilik ini betul-betul menghadap pemandangan yang sangat menakjubkan iaitu Swiss Alps dan Tasik Geneva. Segala kemahuan anda akan dituruti kerana anda dibekalkan staf peribadi termasuklah pelayan, chef dan pembantu peribadi bagi memastikan setiap keinginan anda dipenuhi. Seluruh tingkat dilengkapi dengan kamera, penggera keselamatan, lif peribadi dan tingkap kalis peluru.
Sumber - Iluminasi
Post a Comment