[GAMBAR] 17 Fenomena Luar Biasa Yang Pernah Berlaku Di Dunia
Kehidupan di planet bumi ini ada kalanya boleh menjadi luar biasa disebabkan oleh kejadian alam semulajadi yang berlaku di sesuatu tempat. Fenomena ini membuatkan kita berasa sangat kagum dengan kuasa ajaib dan bersyukur dengan kehidupan yang sedia ada.
Kami ingin berkongsi dengan anda beberapa keping gambar fenomena ajaib yang pernah berlaku di dunia.
#17. Misteri lapisan awan di China.
Pada 2013, seketul cecair yang seakan-akan menyerupai sebuah awan muncul secara tiba-tiba di tengah jalan di sebuah daerah yang terletak di China.
Mempunyai panjang selebar 1cm, cecair ini mengeluarkan bau sangat tidak menyenangkan. Tiada siapa yang boleh mengenal pasti fenomena ini tetapi berdasarkan kepada penyiasatan oleh beberapa pegawai kerajaan, mereka menganggap kejadian ini disebabkan oleh tapak pembinaan yang berdekatan.
#16. Mata Sahara.
Terdapat lingkaran berpusing yang menyerupai sebiji mata, ia merupakan satu tempat misteri yang terletak di Gurun Sahara.
Mempunyai diameter sepanjang 40 kilometer dan telah dikaji oleh para ahli geologi, struktur tersebut bukanlah terbentuk kerana letupan gunung berapi, malah sebaliknya masih kekal misteri sehingga ke hari ini.
#15. Rekahan hitam di White Rim Road.
Berlaku di Canyonlands National Park, Utah itu merupakan kejadian alam semulajadi. Tetapi ada sesetengah mendakwa, rekahan itu disebabkan oleh para pelombong dan ahli koboi pada masa dahulu. Kini, laluan tersebut menjadi antara satu tempat menarik dikalangan pelancong.
#14. The Bioluminescent Bloom.
Kewujudan cahaya ‘bioluminescent’ ini membuatkan pemandangan sebuah pantai di Hong Kong ini kelihatan luar biasa. Fenomena ini disebabkan oleh pembuangan sisa bahan dari sebuah ladang yang boleh menyebabkan berlakunya pencemaran di sekitar pantai tersebut.
#13. Gunung pelangi di China.
Gunung Zhangye Danxia yang berwarna-warni ini terletak di daerah Gansu, China merupakan sebuah ciptaan alam semula jadi yang indah. Terbentuk daripada hasil campuran mineral dan pasir merah, ia telah diiktiraf oleh UNESCO pada tahun 2009.
#12. Hutan bengkok di Poland.
Pokok ini kelihatan seperti dari kisah lagenda atau dongeng. Terdapat kira-kira 400 batang pokok yang telah ditanam sekitar tahun 1930 dan persoalan tentang keajaibannya masih belum terjawab. Namun dipercayai tujuan pokok itu digunakan adalah untuk membuat perabot kayu bengkok dan membajak sawah.
#11 Air terjun darah di Antartika.
Gambar yang diambil oleh seorang geologis di Antartika, Thomas Griffith Taylor pada tahun 1911 ini sangat mengejutkan. Ia dilihat seperti garis merah serupa darah yang mengalir dari dataran salju lalu membentuk anak-anak tangga.
#10. Kawah Gunung Ijen.
Gunung berapi ini sangat terkenal dengan lava biru seakan-seakan sebuah magik. Terletak di Indonesia, warna biru itu terbentuk apabila gas sulfur dibakar pada suhu yang tinggi.
#9. Pyura Chilensis.
Lebih dikenali sebagai batu hidup, ia adalah sejenis hidupan laut yang aneh dan boleh dijumpai di pantai di sekitar Chile dan Peru. Sangat unik dan menarik, batu hidup yang menyerupai batu karang itu selalu dijadikan makanan seharian masyarakat di negara itu.
#8. Air terjun di bawah laut.
Mauritius yang tidak asing lagi dengan lautnya yang cantik serta mempunyai keunikan yang lain yang tersendiri. Macam mana pula air terjun boleh wujud di bawah laut? Ini disebabkan oleh ombak besar yang menghempas pasir pantai, lalu membentuk garis dan alur yang menyerupai sebuah air terjun. Hebat bukan?
#7. Gunung berapi Calbuco.
Berlaku di Selatan Chile pada pertengahan tahun 2015, letusan ganas gunung berapi itu sangat mengejutkan penduduk di sekitarnya. Kehadiran kilat dan debu yang bertebaran sewaktu letusan ini menjadikan fenomena ini antara letusan gunung berapi yang paling dasyat di muka bumi.
#6. Lubang ais di Antartika.
Fenomena yang dikenali sebagai polynya itu telah ditemui oleh para saintis pada Oktober 2017. Ianya bermaksud kawasan air dikelilingi oleh ais dengan keluasan 30,000 batu persegi.
#5. Donut salji.
Menyerupai seketul donut ataupun sebiji tayar, ianya merupakan sebuah fenomena metereologi yang jarang ditemui kerana perlu mengambil kira faktor lain seperti cuaca, suhu, angin dan kelembapan kawasan di sekitarnya. Tetapi kebanyakkan donut salji boleh dijumpai di daerah Amerika Utara dan beberapa kawasan di Eropah Utara.
#4. Hujan merah di Kerala.
Fenomena misteri yang berlaku pada Julai 2001 di India ini cukup menarik perhatian dunia. Namun menurut masyarakat di sekitarnya, mereka terdengar bunyi ledakan meteor di angkasa dan panahan petir yang kuat sebelum berlaku kejadian hujan merah tersebut.
#3. The Hum.
Fenomena The Hum atau suara aneh yang muncul dari langit itu berlaku di daerah Mexico pada tahun 2015. Penduduk mendakwa suara kuat tersebut seakan-akan berbunyi seperti gesekan biola dan tak kurang ada yang mengerikan.
#2 Pelangi putih.
Seperti diketahui umum bahawa pelangi mempunyai tujuh warna, fenomena aneh ini turut berlaku meskipun mempunyai bentuk yang sama seperti pelangi, tetapi hanya mempunyai satu warna putih sahaja.
#1 The Desert Rose.
Bunga mawar yang kelihatan seolah-olah diperbuat daripada biji pasir ini merupakan antara fenomena lain yang jarang ditemui. Saiz batu mawar di antara 1.3 cm – 10 cm ini terbentuk daripada mineral gipsum yang mengandungi cebisan biji-biji pasir dan beratnya ada yang lebih daripada 454 kg.
Sumber - Taikotai
Post a Comment