Dynas Mokhtar Nikah 21 April 2017


KUALA LUMPUR 20 Feb. - Pelakon Dynas Mokhtar memilih 21 April ini sebagai tarikh untuk dia melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya Shazrik Din, 36.


Selepas hampir tiga tahun mengenali hati budi masing- masing, Dynas atau Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 35, yakin ini adalah waktu yang sesuai untuk dia kembali bergelar isteri.


“Selepas tiga tahun berkawan, kami sepakat untuk ke fasa lebih serius. Alhamdulillah, perkahwinan kami akan berlangsung pada 21 April ini. “Walaupun ini perkahwinan yang kedua buat saya dan yang pertama untuk Shazrik namun saya akui tetap berasa gementar,” kongsi Dynas mengenai perasaannya ketika ini.


Majlis bertandang di sebelah pihak lelaki akan berlangsung pada 28 April manakala satu lagi majlis resepsi akan diadakan pada 5 Mei. Sementara itu, Dynas turut memberitahu dia kini adalah pegawai pemasaran restoren 4Play Seafood & Co yang terletak di Publika. Jelas pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua, ini adalah kerjaya pertamanya yang dibayar gaji sebagai pekerja.


Sumber : Utusan

No comments