Bukan Sahaja Setakat Mengangkat Puluhan Guni Simen Seberat 50kg Setiap Hari, Malah Lelaki Ini Juga Turut Menggendong Anaknya Ketika Sedang Bekerja
Ini adalah kisah pengorbanan seorang lelaki bergelar sebagai ayah yang sedang mencari pendapatan bagi memberikan anaknya makan secukupnya.
Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak mereka tidak ada tandingannya. Sebagai ibu bapa, pastinya kita mahu memberikan yang terbaik kepada anak-anak kita supaya mereka dapat hidup dengan selesa, meskipun terpaksa berkorban jiwa dan raga.
Di sebuah wilayah terpencil dikenali sebagai Hữu Lũng, yang terletak di kawasan utara Vietnam, kisah pengorbanan seorang lelaki yang bergelar seorang ayah yang menggendong anaknya ketika sedang bekerja telah mendapat perhatian masyarakat antarabangsa.
Lelaki yang dipercayai merupakan seorang bapa tunggal itu terpaksa menjaga anaknya itu dan bekerja bagi mencari pendapatan dalam pada masa yang sama.
Di dalam gambar-gambar yang tersebar di internet baru-baru ini, lelaki itu dilihat sedang menggendong anaknya itu di belakangnya sambil dilihat sedang mengangkat guni-guni simen seberat 50 kg setiap satu.
Meskipun ramai netizen yang berasa kagum dan terharu dengan pengorbanan lelaki itu menjaga anaknya itu, namun terdapat segelintir netizen yang berpendapat perbuatan lelaki tersebut membawa anaknya ke tempat kerja adalah merbahayakan keselamatan anaknya itu.
Selain daripada terdedah kepada cahaya matahari yang terik, anaknya itu turut terpaksa menyedut udara yang berdebu dan kotor sepanjang hari.
Sumber : Taikotai.tv
Post a Comment