Batang besi disumbat dalam faraj

DINAJPUR - INDIA. Seorang wanita ditemui hampir mati dengan sebahagian usus kecilnya terkeluar, akibat kesan rodokan batang besi di bawah jambatan berhampiran selatan Dinajpur, India.


Wanita tersebut dipercayai menahan sakit seorang diri selama lebih kurang 18 jam sebelum ditemui.


Menurut laporan, dalam kejadian hujung minggu lalu, mangsa yang dalam perjalanan pulang daripada pesta, dirogol beramai-ramai sebelum kemaluannya dirodok dengan batang besi.


“Saya perasaan sebahagian usus kecil mangsa terkeluar dari bahagian sulitnya” kata Dhamu Soren yang menemui mangsa.


Amit Kumar Dawn,seorang penguasa kesihatan mengesahkan mangsa memberi reaksi positif selepas menjalani pembedahan kecemasan. - Agensi


No comments