9 Perkara Yang Disorok Oleh Pembantu Jualan Di Kedai Pakaian

Kedai pakaian selalu menggunakan teknik tersirat bagi membuatkan para pelanggan berbelanja lebih. Justeru, kami tampil dengan fakta ini yang mendedahkan kepada anda apa sebenarnya disebalik terma Jualan mahupun ‘sale’ yang membuatkan kita tidak tentu hala memikirkannya.


#1 Jualan menguntungkan kedai, bukannya pelanggan

Jualan berfungsi untuk membuatkan anda membeli barangan yang tidak diperlukan oleh anda. Tidak ramai orang yang berjaya melawan godaan untuk membeli brangan yang diberi diskaun. Namun, apa sebenarnya ‘jualan’ ini? Sales are a means of making you buy things you didn’t even think of buying originally. Not many can resist temptation upon seeing a discount. But what are sales actually about?


Kadang kala, kedai meningkatkan harga (tipu) sebelum jualan, kemudian menguar-uarkan potongan diskaun.


Iklan pada cermin kedai mengatakan terdapat 70% diskaun, tetapi anda mendapati bahawa diskaun tersebut hanya untuk sesetengah barangan sahaja. Untuk barangan lain, cuma diberikan potongan diskaun sebanyak 10% sahaja.


#2 Saiz yang sama mungkin berlainan untuk jenama yang lain

Kilang pengeluar pakaian yang berbeza mempunyai skala saiz yang turut berbeza dengan kilang pengeluar yang lain. Oleh yang demikian, anda akan dapati anda muat pada saiz S di sebuah kedai tetapi tidak pula muat pada saiz S di kedai lain. Sesetengah syarikat melonggarkan saiz pakaian mereka untuk golongan wanita khasnya supaya mereka lebih mudah membeli.


#3 Kolaborasi dengan pereka terkenal tidak menjamin kualiti

Jenama gah kadang kala mereka pakaian bersama dengan perelka fesyen terkenal. Matlamat mereka adalah untuk membuatkan pelanggan membayar lebih untuk barangan ekskusif. Ekskusif di mata mereka adalah : edisi terhad, berbanding kualiti pakaian.


#4 Seksyen jualan sengaja dilihat tidak tersusun

Pernahkah anda perasan akan pakaian di kedai akan dilihat tersusun dan kemas? Sementara pada seksyen jualan pula, kebanyakan kedai akan mencipta keadaan di mana pakaian tersebut berselerakan. Ia sengaja dibuat bagi menggambarkan bahawa terdapat ramai pelanggan yang telah pergi dan melihat ke seksyen tersebut serta ia memberikan visual bahawa pelanggan harus cepat membelinya sebelum habis dijual.


#5 Kimia berbahaya digunakan pada pakaian

Walaupun dilabel sebagai “100% natural,” namun ia mungkin masih lagi berbahaya untuk kesihatan anda. Pakaian yang dibuat lazimnya melibatkan kimia ekoran daripada ujian makmal yang tidak lengkap. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan penggunaan warna, tekstur, malahan terdapat fabrik yang dilindungi daripada hinggapan serangga dan hama. Oleh itu, cucilah pakaian yang anda baru beli sebelum memakainya kerana ia akan mengurangkan bahaya kimia tersebut serta menyelamatkan anda daripada jangkitan daripada pelanggan sebelum anda yang mencuba pakaian tersebut.


#6 Harga pakaian sintetik yang sama dengan pakaian berfabrik semula jadi

Para pengilang lazimnya melambungkan harga pakaian sintetik untuk memberikan pelanggan insentif untuk membeli barang-barang yang lebih mahal yang diperbuat daripada kain semula jadi. Pelanggan berpendapat bahawa kapas atau blaus bulu tidak begitu mahal berbanding dengan sintetik dan membelinya tanpa memikirkannya terlebih dahulu.


#7 Pakaian berjenama lebih rendah kualitinya di kedai berbanding dengan pakaian sama di butik

Bagi menjimatkan wang, kebanyakan orang akan pergi ke kedai pakaian untuk mendapatkan pakaian berjenama. Walau bagaimanapun, pakaian dan aksesori hanya kelihatan seperti ianya daripada koleksi berjenama. Barangan berjenama mewah sebenarnya mereka pakaian dan aksesori daripada material murah bagi membolehkan mereka mendapatkan wang daripada pelanggan yang tidak mampu membelinya di butik mewah.


#8 Barangan berkualiti rendah

Ibu bapa kita telah memberikan kita pakaian yang masih lagi dipakai hingga ke hari ini. Namun, pakaian kini semakin lama semakin kurang kualitinya : jahitan tidak kemas, cetak imej yang kabur, plastik murah dan sebagainya. Sememangnya ia menjadi matlamat untuk pengilang supaya brangan dijadikan mudah dan murah agar anda kerap membelinya.


#9 Gaya fesyen berubah setiap minggu

Ingatkah dahulu semasa hanya terdapat dua musim sahaja di dalam industri fesyen, iaitu musim bunga/musim panas dan musim luruh/musim sejuk? Kini tiada lagi kerana pakaian moden baharu boleh didapati hampir setiap minggu, membuatkan anda ingin membelinya.


Era Baru

No comments