7 Bahasa Paling Banyak Digunakan Di Dunia

Dianggarkan terdapat di antara 3,000 hingga 8,000 bahasa yang digunakan atas muka bumi ini. Agak sukar untuk ditentukan berapa jumlah sebenar, kerana pakar dalam bidang ini sentiasa tidak dapat menentukan sama ada satu-satu itu adalah bahasa atau dialek bahasa yang sama.


Namun, sebanyak 6,909 bahasa disenaraikan ketika ini dan hanya 6% sahaja digunakan lebih daripada 1 juta pengguna. Ia secara kolektifnya menyumbang kepada 94% daripada populasi dunia.


Kami ingin berkongsi 7 bahasa yang paling banyak digunakan di dunia.


7. Bahasa Rusia - 269 juta pengguna

Bahasa Rusia dipertuturkan di mana lagi kalau bukan di Rusia, negara terbesar di dunia, 51 kali ganda keluasan Malaysia. Anggaran penduduk Rusia pada tahun 2017 adalah seramai 144,463,451 orang yang mana kesemuanya bertutur bahasa ini.


Namun, bahasa Rusia juga digunakan oleh negara-negara lain termasuklah Moldova, Latvia, Ukraine. Ia juga diangkat sebagai bahasa rasmi Belarus dan Kazakhstan. Bahasa Rusia adalah bahasa ibunda yang paling banyak digunakan di Eropah.


Pada abad ke-20, bahasa ini hanya dipertuturkan oleh golongan atasan dan penduduk bandar, namun digunakan oleh semua golongan.


6. Bahasa Melayu - 281 juta pengguna

Bahasa Melayu pada satu ketika dahulu merupakan lingua franca, iaitu bahasa perantaraan yang digunakan secara sistematik untuk tujuan perhubungan antara orang-orang yang tidak sama bahasa ibundanya.


Ia berada dalam keluarga Austronesian dan Malayo-Polynesian, yang merupakan bahasa utama di Malaysia, Brunei, Singapura dan salah satu bahasa di Indonesia.


Ia dipertuturkan oleh 290 juta manusia merentasi Selat Melaka, termasuklah pantai-pantai di Semenanjung Malaysia dan pantai timur Sumatera. Ia juga digunakan sebagai bahasa perdagangan di selatan Filipina termasuklah Semenanjung Zamboanga, Kepulauan Sulu, bandar Bataraza dan Balabac di Palawan.


5. Bahasa Arab - 422 juta pengguna

Bahasa Arab adalah bahasa Semitik Tengah yang muncul pada zaman besi di barat laut Arab yang kini menjadi bahasa perantaraan bagi tanah Arab. Ia dinamakan bersempena orang Arab, terma yang digunakan untuk menggambarkan populasi yang tinggal dari Mesopotamia di timur ke barat, dan Semenanjung Sinai. Ia juga merupakan bahasa Quran dan rasmi agama Islam.


Bahasa penulisan Arab moden diperolehi daripada bahasa Arab Klasik. Kedua-dua jenis bahasa Arab rasmi digabungkan sebagai Bahasa Arab Sastera (fusha) adalah bahasa rasmi bagi 26 negara iaitu Algeria, Bahrain, Comoros, Chad, Djibouti, Mesir Eritrea, Iraq, Israel, Jordan, Kuwait, Lubnan, Libya, Mauritania, Morocco, Oman, Qatar, Arab Saudi, Somalia, Sudan, Syria, Tunisia, Emiriah Arab Bersatu, Yaman, Palestin dan Sahara Barat.


4. Bahasa Sepanyol - 527 juta pengguna

Bahasa yang digunakan oleh 527 juta penduduk dunia ini berasal dari keluarga Indo-European dan Romanik. 75% daripada bahasa Sepanyol diperolehi daripada Latin dan sebahagian bahasa Ibero-romanik. Ia merupkan bahasa rasmi ke-6 bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan juga bahasa rasmi kesatuan Eropah, Kesatuan negara-negara Amerika Selatan, negara Caribbean dan banyak organisasi lain.


Ia paling banyak digunakan di benua Amerika iaitu oleh 418 juta populasi, kerana 20 daripada 35 negara di benua ini menggunakannya sebagai bahasa rasmi, iaitu Puerto Rico, Argentina, Bolivia, Chile, Colombia, Costa Rica, Cuba, Republik Dominika, Ecuador, El Salvador, Equatorial Guinea, Guatemala, Honduras, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Peru, Sepanyol, Uruguay, dan Venezuela.


Ia merupakan satu bahasa yang sukar, dan banyak meminjamkan perkataannya kepada bahasa Inggeris.


3. Hindustani (Hindi/Urdu) - 544 juta pengguna

Juga dikenali sebagai Hindavi, Dehlavi, Urdu-e-Mualla dan Rekta, digunakan oleh 544 juta penduduk di seluruh dunia. Ia merupakan bahasa perantaraan di India Utara dan Pakistan. Ia diperolehi daripada bahasa Indo-Aryan, dan asasnya pula dari dialek Khariboli dari Delhi, India.


Selain daripada India dan Pakistan, ia juga digunakan oleh negara Mauritius, Fiji, Suriname, Guyana, Trinidad & Tobago and Nepal. Kosa katanya banyak digabungkan daripada bahasa Sanksrit, Parsi dan Arab. Terdapat dua bentuk rasmi iaitu Standard Hindi Moden dan Standard Urdu Moden.


Sebelum Pemisahan Empayar India British, terma Hindustani, Urdu, dan Hindi adalah sinonim, semuanya meliputi apa yang dipanggil Urdu dan Hindi hari ini.


2. Bahasa Inggeris - 983 juta pengguna

Tak dapat dinafikan Bahasa Inggeris merupakan antara bahasa yang paling banyak digunakan di atas muka bumi ketika ini. Ia boleh dikatakan bahasa terpenting yang mana dapat menghubungkan penduduk di seluruh dunia. Jika dahulunya penguasaan bahasa Inggeris merupakan satu kelebihan, namun kini ia menjadi satu keperluan.


Ia merupakan bahasa Jermanik Barat yang pertama kali dituturkan pada awal zaman pertengahan England. Bahasa Inggeris mendapat nama dari "Angles", iaitu antara salah satu suku kaum Jermanik yang berhijrah ke England. Ia berkait rapat dengan bahasa Frisian, tapi kosakatanya dipengaruhi oleh bahasa Jermanik Utara (Norse), Latin dan Perancis.


Dialek terawal iaitu Inggeris Lama dibawa ke Great Britain oleh peneroka Anglo-Saxon pada abad ke-5. Inggeris pertengahan bermula pada lewat abad ke-11, dan Inggeris moden bermula pada penghujung abad ke-15.


1. Bahasa Mandarin - 1.09 billion pengguna

Dan bahasa yang paling banyak digunakan atas muka bumi, adalah bahasa cina Mandarin dari keluarga Sino-Tibetan. Ini kerana ia digunakan di negara yang mempunyai populasi tertinggi di dunia iaitu China yang kini hampir 1.4 billion penduduk.


Mandarin adalah dialek yang paling banyak digunakan di antara 10 dialek bahasa Cina, yang mana dipertuturkan oleh 70% daripada orang Cina dari YUnan sehingga ke barat daya (Yunnan) ke barat laut (Xinjiang) hingga ke timur laut (Heilongjiang). Ia juga merupakan bahasa yang paling sukar untuk dipelajari kerana mempunyai tona yang sangat rumit.


Mandarin diangkat sebagai bahasa lisan rasmi bagi China, Taiwan dan salah satu bahasa rasmi Singapura, selain menjadi salah satu bahasa rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


Sumber - Iluminasi

No comments