12 Pekerjaan Yang Tak Masuk Akal Tetapi Memang Benar-benar Wujud Di Dunia

Setiap individu perlu bekerja untuk menampung kehidupan seharian. Pekerjaan yang dilakukan haruslah ikhlas agar memperoleh wang atau gaji yang berkat. Tanpa kerja, kita tidak boleh memiliki apa yang kita mahukan.


Tahukah anda pelbagai pekerjaan yang menarik dan unik yang terdapat dalam dunia ini. Jom kita lihat 15 pekerjaan yang memang tak masuk akal. Nombor 3 paling best.


#1. Perangsang wajah.

Pekerjaan ini hanya meletakan kepala dibantal untuk mendapatkan urutan wajah yang selesa. Mereka hanya perlu rileks dan berfikiran kosong agar urut-urat muka menjadi tegang dan sempurna. Secara tidak langsung, wajah mereka akan tampak lebih muda.


#2. Model ikan duyung

Pekerjaan ini bukan sahaja menjadi model semata-mata, secara realitinya ia juga memerlukan daya tahan yang kuat dari segi fizikal dan mental – bernafas didalam air, berenang ditengah lautan dan memiliki badan yang langsing. Pekerjaan ini seolah-olah seperti seekor ikan duyung yang pernah ‘wujud’ seperti mitos dahulu kala.


#3. Baring diatas perabot baru.

Mereka dibayar untuk duduk atau baring di katil, sofa, dan perabot yang baru untuk memastikan keselesaan kepada pengguna. Adakalanya, mereka juga tidur beberapa jam untuk mendapatkan keselesaan pada tulang belakang selepas bangun tidur.


#4. Beratur panjang.

Sekiranya anda berasa malas untuk beratur panjang, anda boleh mengupah mereka untuk menggantikan tempat anda. Kepada peminat bola tu, anda tidak perlu berdiri lama untuk mendapatkan tiket, mereka akan menjalankan tugasnya dengan baik.


#5. Model buah.

Bagi mereka yang memiliki rupa paras yang kurang menyerlah, tetapi inginkan kerjaya sebagai seorang model. Ini jawapannya. Pekerjaan ini tidak perlu memiliki rupa paras yang menawan, sebaliknya memerlukan kuku yang cantik, jari yang halus dan panjang serta tangan yang cantik. Pekerjaan ini hanya memegang sebiji epal atau buah-buahan. Perkara yang dititiberatkan dalam pekerjaan ini adalah bahagian tangan yang cantik, bersih dan tidak mempunyai parut.


#6. Deria rasa makanan haiwan.

Pekerjaan ini adalah untuk menguji kualiti pemakanan haiwan peliharaan.


#7. Peluncur gelongosor air.

Pekerjaan ini adalah untuk menguji tahap kelajuan slide gelongsor air ini.


#8. Mencari cacing tanah.

Pekerjaan ini untuk mencari cacing tanah di kawasan-kawasan lembap seperti tanah, rumput dan kawasan gelap.


#9. Membuang bisa ular.

Pekerjaan ini memerlukan tahap kesabaran dan keberanian yang tinggi.


#10. ‘Stuntboy’

Pekerjaan seorang stuntboy memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Mereka akan makan serangga hidup-hidup.


#11. Model pakaian dalam untuk dijadikan lukisan.

Model ini akan melakukan satu posisi sahaja selama beberapa jam untuk mendapatkan hasil gambar yang terbaik


#12. Penghidu bau ketiak.

Pekerjaan ini memerlukan deria bau yang kuat dan semangat yang tinggi bagi menghidu puluhan ketiak yang berbeza-beza setiap hari.

No comments