‘Walau seksi, saya dah khatam Quran 15 kali’ – Nana
KUALA LUMPUR — Pengacara Nana Al Haleq menerima pelbagai tohmahan termasuk pegangan agama dipertikai semata-mata kerana berpakaian seksi.
“Sebagai manusia, saya ada juga ‘search’ nama di Google dan tidak sangka, ada yang menanyakan sama ada saya Islam dan sebagainya.
“Tidak semestinya dengan berpakaian seksi, sikap saya juga buruk. Siapa tahu saya sudah khatam al-Quran sebanyak 15 kali?” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Nana, 33 tahun, memulakan kerjaya sebagai jurulatih dan penasihat kecergasan, kian popular sejak mengendalikan program siaran NTV7.
Menganggap aktiviti membentuk tubuh berotot sebagai “kerja seni”, anak jati Kuala Lumpur itu dilaporkan menjadi inspirasi ramai.
Sumber : terengganutimes
Post a Comment