[Video] Pengantin Pengsan Di Pelukan Bekas Kekasih Pada Majlis Perkahwinan

SEORANG lelaki berusia 20 tahun terkenal gara-gara video dia memeluk bekas kekasihnya pada majlis kahwinnya tular.


Semasa majlis perkahwinannya minggu lalu yang diadakan di Sulawesi Selatan, Nokies Febrianto melakukan adegan 'berani mati' yang mengejutkan tetamunya apabila dia memeluk dan mencium seorang wanita yang sedang menyanyi di majlis tersebut sebelum pengsan dalam pelukan wanita berkenaan.


Apa yang menjadikan keadaan ini luar biasa ialah penyanyi tersebut adalah bekas teman wanitanya, Novi.


Selepas video itu tular di Indonesia, media tempatan mendapatkan penjelasan daripada pengantin Febrianto mengapa dia sanggup meninggalkan pelamin dan memeluk Novi yang sedang menyanyi pada majlis perkahwinannya.


"Saya seperti terpukau dengan Novi ketika dia menyanyikan lagu 'Balo Lipa'. Saya rasa sedih dan kesal tetapi saya tidak berfikir apa-apa ketika saya turun dan memeluknya," kata Febrianto kepada Detik.


Dia pengsan selama kira-kira 30 minit.


Menafikan spekulasi bahawa rumah tangga yang baru dibinanya sudah retak akibat kejadian itu, Febrianto berkata dia tetap setia kepada isterinya, Anhy, yang berusia 18 tahun.


"Isteri saya tetap sempurna di mata saya. Saya akan tetap setia kepadanya," katanya.


Mengejutkan kerana Anhy juga terus menyokong suaminya dan memahami mengapa suaminya sanggup memeluk bekas kekasihnya pada hari bersejarah mereka.


"Saya lihat wajah Novi dan dia begitu cantik pada hari itu, wajahnya bersinar. Malah saya juga terpukau, apalagi suami saya," katanya kepada Detik.


Anhy mendedahkan bahawa dia tahu tentang hubungan suaminya dengan Novi sebelum ini, termasuklah kisah sedih di sebalik hubungan mereka yang terputus.


Menurutnya, Novi dan Febrianto bercinta selama kira-kira satu tahun tetapi ibu bapa Novi tidak merestui hubungan mereka.


Novi pula berkata, dia setuju untuk menerima jemputan bekas kekasihnya itu dan meminta untuk menyanyi pada hari perkahwinannya kerana kerana hubungan baiknya dengan keluarga Febrianto.


"Saya menghormati ibu dan bapanya, mereka seperti ibu bapa saya sendiri, mereka sangat sayangkan saya. Tetapi nasib telah memutuskan sebaliknya dan saya telah menerimanya," kata Novi memetik Detik.


Sumber : MStar


No comments