Remy Ishak Beritahu Tunangnya Bukan Seorang Janda
KUALA LUMPUR 24 Jan. - Pelakon Remy Ishak menafikan dakwaan mengenai status tunangnya yang dikatakan pernah berkahwin seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak turut menempelak dakwaann mengaitkan tunangannya, Ezza Yusof berstatus janda dan mempunyai seorang anak seorang.
“Sebelum ini pun ada juga keluar gosip mengatakan tunang saya merupakan seorang janda. Tetapi sekarang orang cakap dia pernah berkahwin dan ada seorang anak pula sedangkan berita itu tidak benar sama sekali.
“Apa yang saya lakukan adalah menasihati tunang saya supaya tidak membuka mulut kerana dia bukan selebriti dan saya tidak mahu dia terlibat dalam dunia ini.
“Sebab dunia sekarang sangat bahaya. Kadang kala orang suka mengecam kita sesuka hati tanpa sebab pun. Saya tidaklah mengawal atau bersikap garang terhadap dia tetapi apa-apa perkara perlulah dibincangkan bersama terlebih dahulu,” katanya kepada UTUSAN ONLINE.
Remy dan Ezza yang merupakan seorang ahli perniagaan telah mengikat tali pertunangan pada 31 April tahun lalu di Pahang.
Sumber : Utusan
Post a Comment