Remaja Heret Ibu Ke Mahkamah Kerana Upload Gambarnya Tanpa Keizinan Di Facebook


Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun mengheret ibunya ke mahkamah kerana selalu memuat naik gambar-gambarnya di laman media sosial Facebook tanpa sebarang persetujuan darinya.


Difahamkan, remaja berkenaan mengalami mangsa konflik ibu bapanya selepas pasangan itu bercerai. Keadaan menjadi semakin teruk apabila wanita itu kerap kali memuat naik gambar-gambar anaknya di Facebook.


Apa yang membuatkan remaja berkenaan kesal ialah ibunya memuat naik gambar dan maklumat kehidupan peribadi dia secara terperinci. Tindakan wanita itu semakin hari semakin melampau apabila dia tergamak mendakwa anaknya sendiri mengalami masalah mental serta selalu dibandingkan dengan pembunuh.


Kesal dan tidak tahan dengan perbuatan wanita terbabit yang telah menjejaskan kehidupan peribadinya, remaja itu telah mengheret ibunya ke muka pengadilan agar masalah mereka dapat diselesaikan mahkamah.


Selesai perbicaraan, Hakim Monica Valletti memerintah si ibu memadamkan semua gambar-gambar anaknya yang dimuat naik ke dalam Facebook. Jika gagal berbuat gagal mematuhi perintah mahkamah, dia juga akan didenda EUR10,000 (RM48,145).


Menurut Monica, terdapat banyak gambar-gambar peribadi dan maklumat mengenai anaknya wanita berkenaan di Facebook, yang mana ia tidak sepatutnya dipertonton atau didedahkan kepada umum. Malah, tindakan si ibu itu telah menjejaskan reputasi anaknya sehingga remaja itu terpaksa dipindahkan ke sebuah sekolah di Amerika Syarikat untuk memulakan perjalanan hidup baru.


Dalam hujah peguam remaja berkenaan juga menyebut bahawa, wanita itu telah melanggar peraturan Facebook dan memuat naik gambar dan menuntut bahawa semua gambar anaknya itu adalah milik dia.


Sedangkan dalam undang-undang di Italy dengan jelas menyatakan semua gambar memiliki hak cipta dan jurugambar perlu meminta kebenaran dari tuan empunya gambar sekiranya terlebih dulu sebelum dimuat naik ke media sosial.


Sumber - Independent & The Reporter

No comments