Pelakon Bergelar 'Datuk' Positif Ganja Mengamuk Di Balai Polis


KUALA LUMPUR: Pelakon bergelar Datuk yang 'mengamuk' di kaunter trafik Balai Polis Kota Damansara di sini petang ini didapati positif dadah jenis ganja.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pengesahan itu dibuat selepas saringan ujian air kencing yang dilakukan ke atas suami kepada pelakon wanita terkenal berusia 36 tahun itu. "Ya betul, beliau (pelakon itu) didapati positif ganja dan esok kita akan mendapatkan perintah reman.


"Kita berkemungkinan akan menambah siasatan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini pada petang Khamis. Sebelum ini, pelakon yang baharu saja dianugerahkan pingkat Datuk itu ditahan selepas didapati menampar anggota polis dan menendang orang awam yang berada dalam balai.


Suspek datang ke balai polis itu bagi membuat laporan berhubung satu kemalangan jalan raya kira-kira pukul 1.20 petang. Tambah Mohd Zani, pelakon itu secara tiba-tiba menampar muka anggota yang menerima aduannya dan menendang orang awam.


Sumber : Awani

No comments