P Ramlee Menyelamatkan S. Kadarisman Daripada Dipukul Gangster

Pada satu hari di Studio Merdeka, Ulu Klang, Kuala Lumpur. P.RAMLEE sedang duduk seorang diri di dalam biliknya sambil mengarang lagu. Tiba-tiba pintu bilik P.RAMLEE diketuk oleh seseorang sambil memanggil namanya “Bang Ramlee! Bang Ramlee!”. Apabila pintu itu dibuka, rupanya orang itu adalah ISMAIL MAHMUD. ISMAIL MAHMUD nampak seperti kelam kabut sambil termengah-mengah menghampiri P.RAMLEE. P.RAMLEE pun bertanya, “Kenapa dengan engkau ni Mail?”. ISMAIL MAHMUD menjawab, “Bang, Pak Kadar kena pukul”. P.RAMLEE bertanya, “Kadar kena pukul, dengan siapa?”. “Dengan Osman (OSMAN BOTAK) bang, bersama orang orangnya”. Jawab ISMAIL MAHMUD. Lalu P.RAMLEE pun bangun dari kerusi dan mencapai mancis di atas meja untuk menyalakan rokoknya. P.RAMLEE bertanya kepada ISMAIL MAHMUD berapa ramaikah orang-orang OSMAN BOTAK yang terlibat. ISMAIL MAHMUD menjawab ada enam orang.


Selepas menyalakan rokok P.RAMLEE mengira batang mancis dan mengeluarkan sebanyak enam batang macis dari kotaknya kemudian beliau terus memasukkan keenam-enam batang mancis tersebut di dalam stokinnya. Selepas itu P.RAMLEE terus mengajak ISMAIL MAHMUD ke tempat kejadian. ISMAIL MAHMUD berasa hairan dan pelik mengapa P.RAMLEE memasukkan enam batang mancis di dalam stokin, dan apakah tujuannya?


Apabila sampainya P.RAMLEE di tempat kejadian, kelihatan S.KADARISMAN di kepung oleh OSMAN BOTAK dan orang-orangnya. OSMAN BOTAK mengugut mahu mencederakan S.KADARISMAN. Perbuatannya itu seolah-olah terhenti apabila P.RAMLEE sampai. P.RAMLEE bertanya kepada OSMAN BOTAK, “Osman, kenapa kau mahu pukul Kadar?”. OSMAN BOTAK menjawab, “Orang ini berlagak bang, datang dari Singapura tapi nak tunjuk handal di tempat kami. Dia tak mahu ambil kami berlakon dalam filemnya bang”. Setelah mendengar penjelasan OSMAN BOTAK, P.RAMLEE tersenyum kecil, lalu P.RAMLEE pun berkata kepada OSMAN BOTAK, “Baik kau minta maaf sekarang pada Kadar, kalau tidak nanti aku tak mahu ambil kau orang semua berlakon dalam filem aku”. P.RAMLEE seolah-olah mengugut mereka.


Setelah mendengar amaran dari P.RAMLEE, dengan pantas OSMAN BOTAK dan orang orangnya meminta maaf kepada S.KADARISMAN. Mereka juga memohon maaf sambil memeluk dan mencium tangan P.RAMLEE serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatan mereka lagi. Selepas sahaja kejadian itu selesai, S.KADARISMAN memeluk dan mengucapkan terima kasih kepada P.RAMLEE.


Untuk info, OSMAN BOTAK adalah seorang pelakon pembantu yang sering berlakon di dalam filem-filem arahan P.RAMLEE di studio Merdeka. Beliau juga dikatakan adalah salah seorang gangster yang terkenal di Kuala Lumpur sekitar tahun 1960-an. Beliau mempunyai ramai pengikut yang sanggup bersama-sama dengan beliau. Di Studio Merdeka juga ada pelakon yang sedia ada berasal dari kumpulan bangsawan yang menguasai studio berkenaan pada lewat tahun 1960-an. Nama nama seperti LATIF BORGIBA dan TAMAM IDRIS adalah “jaguh” yang hebat menguasai studio berkenaan. Tetapi mereka berdua sangat hormat kepada P.RAMLEE. Kesimpulan pada cerita ini hanya ISMAIL MAHMUD sahaja yang tahu bagaimana P.RAMLEE lakukan. Dan beliau masih lagi pelik tiada jawapan sampai ke hari ini bagaimana P.RAMLEE boleh melakukannya.


Sumber - The Patriots

No comments