Kucing perengus menang saman hak cipta RM2.73 juta
KUCING yang popular di media sosial kerana wajahnya perengus, memenangi saman hak cipta berjumlah AS$701,000 (RM2.73 juta).
Syarikat Grumpy Cat Limited menyaman syarikat kopi, Grenade kerana melanggar perjanjian mengenai imej kucing berkenaan.
Kucing berusia enam tahun bernama Tardar Sauce itu menjadi fenomena di internet sejak lima tahun lalu, berikutan wajah perengusnya tular di media sosial.
Selepas popular, pemilik kucing itu, Tabatha Bundesen menubuhkan syarikat untuk menjual imej kucing berkenaan pada 2013, dikenali sebagai, Grumpy Cat Limited dan kemudian menandatangani perjanjian komersial dengan Grenade.
Menurut AFP, dalam perjanjian itu, Grenade mempunyai hak menggunakan wajah kucing itu untuk menjual minuman kopi ais Grumppuccino.
Namun, pada 2015 syarikat milik Bundsen membantah kerana mendakwa Grenade menggunakan imej kucing berkenaan untuk menjual produk lain termasuk produk kopi lain dan baju-T yang tidak termasuk dalam perjanjian.
Menurut Daily Mail, Grenade yang memfailkan saman balas mendakwa Grumpy Cat tidak berpegang pada perjanjian itu hingga tamat dan gagal mempromosikan jenama itu seperti dipersetujui.
Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah persekutuan di California memutuskan Grenade melanggar perjanjian dan mengarahkan syarikat itu membayar ganti rugi.
Sumber – hmetro
Post a Comment