Jakim mahu jumpa Sajat

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersedia untuk bertemu dengan usahawan kosmetik, Nur Sajat berkaitan isu yang timbul terhadap status identiti dan jantina dirinya.


Memetik di Facebook, Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha berkata, beliau setuju agar seorang pegawai kanan jabatan itu menguruskan pertemuan tersebut.


Kenyataan tersebut sebagai reaksi mesej terbuka kepada Nur Sajad yang ditulis Dr. Izwan Yusof terbabit dalam Facebooknya kepada usahawan kosmetik tersebut.


Menurutnya, Jakim sentiasa terbuka untuk membantu dan memberi khidmat nasihat berhubung isu kekeliruan identiti dan jantina menurut perspektif Islam.


Sumber : KiniTV


No comments