Ibu Kesal Anaknya Jadi Mangsa Perokok Tak Bertanggungjawab


Sudah berkali-kali pengamal media sosial terutamanya ibu bapa yang pernah menghadapi situasi seperti ini, menasihatkan agar golongan perokok tidak mendekati anak-anak kecil selepas merokok. Namun, masih ada juga yang tidak faham bahasa. 


Apabila ibu bapa menolak permintaan mereka untuk mendukung anak, terus dikata sombong atau kedekut. Sedangkan ibu bapanya bimbang jika anak mereka dijangkiti penyakit yang tidak sepatutnya.


 

Baru saja dimuat naik semalam, Huda Farid Irfan Ali berkongsi tentang penderitaan anak kecilnya akibat asap rokok. 


"Nak merokok itu terpulang kepada individu. Tetapi selepas merokok itu, tolonglah jangan terus dukung anak kecil. 


"Yang menanggung sakit lelah anak-anak kecil tersebut dan yang bersengkang mata siang malam ialah mak ayahnya. Bila mak ayah tak bagi dukung, dikatanya sombong. Bekas asap rokok itu bagi kesan berbahaya, faham tak?



"Anak saya dikejarkan ke hospital pada jam 1.30 pagi dan dimasukkan ke bahagian separa kritikal. Diberi oksigen sebanyak dua kali, x-ray dan ambil darah. 


"Doktor sahkan ada virus dan jangkitan kuman akibat asap rokok yang menyebabkan demam panas dan sesak nafas. Jadikan kes ini sebagai pengajaran," katanya.


Sumber - The Reporter

No comments