Ibu caj sewa rumah pada anak berusia 5 tahun

GEORGIA, Amerika Syarikat - Seorang ibu mendedahkan dia mengenakan caj sewa rumah kepada anak perempuannya yang berusia lima tahun bagi mengajarnya tentang kepentingan wang.


Essence Evans berkata, dia mengarahkan anaknya membayar AS$5 (RM17) daripada keseluruhan per­belanjaan mingguannya, namun wang yang diterima disimpan di dalam akaun anaknya itu.


“Setiap minggu dia menerima wang perbelanjaan sebanyak AS$7 (RM28). Namun, saya menjelaskan bahawa di dunia sebenar kebanyakan orang memperuntukkan sebahagian besar wang mereka untuk membayar bil dan hanya sedikit untuk kegunaan sendiri.


“Jadi, saya membuatkan dia memulangkan semula sejumlah wang kepada saya bagi tujuan sewa, air, elektrik, kabel dan untuk makanan,” katanya.


Bagaimanapun, menurut Evans, anaknya tidak tahu bahawa wang itu dimasuk­kan dalam akaun simpanannya dan akan dikembalikan ketika dia mencapai usia 18 tahun.


Evans telah menerima banyak pujian daripada pengguna internet selepas berkongsi pendekatan yang digunakan itu di laman Facebook. – Agensi


No comments