[GAMBAR] Pemegang Rekod Lelaki Terkuat Di Dunia Sebanyak Lima Kali!

Sebagai pemegang rekod bagi kategori lelaki terkuat dunia sebanyak lima kali, lelaki ini pastinya mempunyai moto hidup yang tersendiri iaitu “Setap tahun saya akan cuba menjadi lebih kuat berbanding tahun sebelumnya…”


Berkat usaha yang berterusan, setiap tahun Žydrūnas Savickas yang lebih dikenali sebagai Big Z berjaya merangkul rekod yang hebat. Sejajar dengan saiz badannya yang besar, Big Z sememangnya nama yang sesuai bagi lelaki ini.


Memiliki ketinggian 6 kaki 3 inci dan berat sebanyak 170kg, Big Z sememangnya merupakan legenda di dalam dunia tersebut.


Segalanya bermula ketika beliau menonton rancangan pertandingan Strongman ketika masih kecil.


Perkara tersebut telah menimbulkan minat untuk menguasai latihan kekuatan dan angkat berat.


Ketika memasuki pertandingan angkat berat di Lithuania, Big Z berjaya merangkul kemenangan bagi semua rekod yang dipertandingkan.


Pada tahun 1998, Big Z berjaya menjadi juara bagi kategori Lelaki Terkuat Lithuania yang akhirnya membawa kejayaan kepada kemenangannya di peringkat dunia apabila dia merangkul kejuaraan dalam pertandingan Lelaki Terkuat Dunia pada tahun 2009, 2010, 2012 dan 2014.


Rutin latihan bagi Big Z adalah sangat mengagumkan! Selain meluangkan masa selama dua jam setiap hari di gimnasium, tiga jam latihan insentif di lapangan di mana dia akan berlatih dengan menggunakan objek yang besar seperti tayar, kayu balak dan juga kenderaan!


Sumber - Era Baru

No comments