[GAMBAR] 6 Pembelian Paling Mahal Di Dunia Pernah Dibuat Oleh Billionaire

Jika ditakdirkan anda bangun pagi esok menjadi seorang billionaire, apakah benda pertama yang anda akan beli? Rumah besar? Kereta mewah? Pesawat peribadi? Shopping sampai? Ke angkasa lepas?


Pasti anda tak dapat nak fikir, kerana terlalu banyak yang berada di fikiran. Berikut adalah antara 6 pembelian termahal yang pernah dibuat oleh individu bergelar billionaire.


6. Ikan jerung - RM33.6 juta

Ikan jerung dianggap sebagai antara pemangsa yang paling dahsyat atas muka bumi ini. Namun ia tidak menjadi penghalang untuk dimilik bagi mereka yang mampu untuk mendapatkannya. Pada tahun 2007, seorang pengurus dana lindungnilai, Steven Cohen, telah membeli seekor "tiger shark" yang telah mati dengan harga RM33.6 juta. Spesis ikan jerung ini mampu membesar sehingga panjang 5 meter.


Steven yang mempunyai nilai kekayaan RM50 billion ini kemudiannya meletakkan ikan jerung tersebut ke dalam tangki alkohol bagi mencegah ikan tersebut daripada rosak. Tak masuk akal beli ikan yang dah mati dengan harga begitu, tapi duit terlalu banyak dah tak tahu nak buat apa.


5. Pesawat peribadi - RM1.47 billion

Penerbangan adalah cara paling pantas untuk seseorang itu sampai ke sesuatu tempat. Jika disuruh membuat senarai apakah barangan yang akan dibeli jika menjadi billionaire, pesawat peribadi pasti akan tersenarai.


Ia kerana pesawat peribadi membolehkan anda ke mana-mana sahaja tanpa perlu melalui proses-proses seperti membeli tiket dan menunggu. Bagi billionaire dari Rusia, Alisher Usmanov, beliau juga tidak perlu susah payah, kerana memiliki antara pesawat peribadi yang terbesar dan termahal di dunia.


Alisher telah membeli pesawat Airbus A340-300, dengan harga RM1.47 billion, yang merupakan pesawat peribadi terbesar di Rusia dan Eropah.


4. Potong rambut - RM85,000

Berapa yang anda belanjakan untuk memotong rambut? RM10? RM20? Tak kiralah berapa pun harganya, biasanya ia tidak akan melebihi RM50 bagi lelaki. Dan adalah tidak normal untuk anda belanjakan wang yang banyak, untuk sesuatu yang sekecil ini, dan perlu dilakukan hampir sebulan sekali.


Namun ia tidak menjadi masalah bagi Sultan Brunei, yang membelanjakan wang yang sangat banyak, hanya untuk mendapatkan potongan rambut kesukaan beliau. Sultan Brunei merupakan antara manusia terkaya di dunia dengan kekayaan RM84 billion.


Beliau biasanya akan menerbangkan stylistnya, Ken Modestou dari London sejauh 11,276 kilometer ke Brunei menaiki Singapore Airlines, hanya semata-mata ingin memotong rambut beliau. Bagi memastikan kesihatan Ken terjaga, beliau diberikan suite peribadi, mengelakkan terdedah kepada penumpang lain yang memungkinkan Ken dijangkiti selesema babi.


Malah, Ken kadang-kadang akan ke Brunei setiap 3-4 minggu. Harganya? RM85,000 bagi setiap sesi. Beliau sudah berkhidmat dengan Sultan Brunei selama 16 tahun. Dan apa yang peliknya, Ken hanya RM170 bagi setiap sesi potong rambut di London, yang sudah dikira mahal.


Anda rasa berbaloi tak? Cantik sangatkah potongan si Ken ni sampai mahal begini. Potong rambut sekali boleh beli kereta cash.


3. Kapal Angkasa - RM840 juta

Jika Alisher membeli antara pesawat peribadi termahal di dunia, lain pula cerita ini. Salah seorang manusia terkaya di dunia, Richard Branson, yang juga pengasas syarikat Virgin Group, telah membelanjakan RM840 juta untuk membina sebuah kapal angkasa yang mampu memuatkan 8 orang penumpang untuk ke angkasa lepas.


Tujuannya adalah menggabungkan pelancongan, dengan minat terhadap angkasa lepas, membolehkan sesiapa yang ingin melihat sendiri suasana di angkasa lepas. Namun, dikatakan mereka yang ingin menaiki kapal angkasa ini harus membeli tiket yang berharga RM840,000 untuk seorang.


2. Jam - RM176 juta

Jam merupakan antara satu ciptaan manusia yang paling tua di dunia. Pada zaman dahulu, orang-orang mengagak masa dengan berpandukan matahari dan bulan. Kemudiannya teknologi semakin berkembang dan jam tangan tercipta, sehinggalah jam pada telefon pintar.


Namun, bagi Jeff Bezos, pengasas Amazon yang juga merupakan manusia ke-2 terkaya di dunia, telah membelanjakan wang sebanyak RM176 juta untuk membina sebuah jam. Jam tersebut sedang dibina di dalam sebuah gua di Texas. Lebih menarik, jam ini dikatakan akan bertahan untuk jangka masa 10,000 tahun.


Pelik kan bila orang jadi terlalu kaya?


1. Buku - RM130 juta

Di tangga pertama senarai ini, adalah pembelian yang dilakukan oleh manusia terkaya di dunia. Ya, Bill Gates. Umum tahu bahawa Bill Gates merupakan seorang ulat buku yang akan membaca sebanyak 50 buah buku setahun.


Mungkin minatnya terhadap buku terlalu menggunung, Bill Gates telah membeli sebuah buku dengan harga RM130 juta pada tahun 1994, yang bersamaan dengan RM211 juta pada 2017.


Mengapa terlalu mahal? Buku tersebut adalah hasil nukilan Leonardo Da Vinci, dan merupakan sebuah jurnal saintifik yang diberi nama "Codex Leicester". Buku tersebut mempunyai 72 muka surat, yang telah diterbitkan pada tahun 1510.


Buku ini memberi gambaran mengenai pemikiran pelukis, saintis dan ahli fikir Renaissance itu. Ia mengandungi ilustrasi yang menunjukkan hubungan antara seni, sains dan kreativiti proses saintifik.


Pasti ia sangat berharga kerana ia dibeli dengan harga yang tak masuk akal. Buku tersebut kini disimpan di rumah Bill Gates.


Sumber - Iluminasi

No comments