4 Teknologi Yang Diramalkan Oleh Pelukis Komik Suatu Ketika Dahulu Kini Jadi Kenyataan
Membayangkan atau meramalkan masa depan pasti dapat membuat orang menjadi teruja, kerana pada manusia adalah makhluk yang amat berminat dengan perkara-perkara yang berkisarkan masa depan.
Sebagai contoh, ramalan tentang kehidupan pada tahun-tahun akan datang dan gambaran teknologi yang akan digunakan pada masa itu.
Jika anda tahu beberapa ramalan lama tentang masa depan, dari tahun 1800-an atau awal tahun 1900-an, anda akan menyedari bahawa anggaran-anggaran ini tidak masuk akal dan jauh dari realiti. Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat gambaran yang sangat kreatif, dan inovatif.
Beberapa pelukis yang berjaya meramalkan perkara-perkara yang mungkin berlaku pada tahun 2000-an. Berikut adalah 4 lukisan masa lalu yang benar-benar wujud pada masa akan datang.
#1. Kacamata 3D
Kemunculan peranti realiti maya seperti teknologi 3D adalah suatu yang sangat biasa hari ini. Gambar kacamata yang canggih ini dibuat pada tahun 1963 untuk majalah Life.
Di dalam majalah ini, penulis sains fiksi terkenal, Hugo Gernsback (dianggap sebagai pengasas sains fiksyen sains), mengambarkan penggunaan alat tersebut di dalam salah satu kisahnya.
Hugo menamakan peranti itu sebagai “kacamata TV”. Idea itu berasal dari imaginasi beliau yang membayangkan: suatu hari, seseorang dapat menonton televisyen dari jarak dekat, yang membolehkan dia berinteraksi dengan skrin.
#2. Pembersih Vakum
Pada tahun 1910, Jean-Marc Côté dan pasukan ilustratornya telah memutuskan untuk membuat satu set ilustrasi bernama “En L’An 2000”. Semua ilustrasi dalam koleksi kelihatan lucu kerana orang-orang dalam era itu tidak tahu atau faham pada objek yang mereka lukis.
Tetapi ada satu perkara yang benar-benar muncul hari ini, iaitu pembersih vakum elektronik. Pada awal abad ini, dengan perkembangan teknologi robotik, syarikat telah mula menghasilkan robot yang mampu membersihkan rumah tanpa memerlukan manusia untuk mengawal.
#3. Ruang kelas digital
Gambar ilustrasi ini dibuat oleh Shigeru Komatsuzaki pada tahun 1969, untuk sebuah majalah Jepun Computopia. Ilustrasi tersebut diberi tajuk “The Rise of the Computerized School“, yang menggambarkan imaginasi pelukis tentang kelas pada masa depan.
Anda dapat melihat bahawa seorang guru yang muncul dalam sebuah kain layar rentang dan setiap pelajar memiliki komputer.
Semua tugas sekolah dilakukan melalui input di layar itu. “Guru digital” mengajar pelajar secara atas talian. Selain itu, perhatikan bagaimana robot tersebut menghukum pelajar yang tidak memberi perhatian.
Di zaman sekarang, banyak negara yang menerapkan penggunaan komputer di dalam kelas, untuk kegiatan belajar dan mengajar. Selain itu, pendidikan jarak jauh dan e-learning juga telah diterapkan di negara-negara maju.
#4. Video call atau panggilan video
Teknologi ini diramalkan oleh banyak penulis, futuris, dan ilustrator pada masa lalu: iaitu video call atau panggilan video. Ilustrasi mengenai panggilan video telah dibuat pada tahun 1920.
Ianya bersamaan dengan penggunaan telefon pintar pada hari ini.
Dua wanita duduk di sebuah kafe, menikmati suasana sekitar sambil berbual dengan kawan-kawan mereka menerusi cermin atau objek.
Apa pandangan anda tentang gambar-gambar yang meramalkan tentang masa depan ini? Kongsikan pandangan anda di dalam ruang komen!
Sumber - Taikotai
Post a Comment