11 Kesilapan Dalam Filem Hollywood Yang Pengarah Hebat Pun Terlepas Pandang

Bagi mereka yang amat meminati filem, pastinya mereka akan dapat menyedari tentang kesilapan-kesilapan di dalam filem yang mereka tonton itu dengan mudahnya.


Setiap perubahan kecil dalam penampilan watak atau kedudukan objek biasanya akan disedari oleh mereka sebaik sahaja menonton filem-filem ini.


Berikut merupakan beberapa kesilapan dalam filem Hollywood yang mungkin anda terlepas pandang selama ini.


#1. Inglourious Basterds

Tanda dada pegawai Jerman ini pada satu babak telah hilang dan kemudiannya muncul semula di selepas beberapa minit kemudian.


#2. Avatar

Apabila Jake mula-mula membuka kapsul, tiada kelibat kerusi roda kelihatan berhampiran dengan kapsul, tetapi secara tiba-tiba kerusi roda berada di sebelahnya.


#3. Terminator 2: Judgement Day

Pada awal filem ini, Terminator melindungi John daripada peluru dari T-1000 dengan menggunakan bajunya, namun tiba-tiba kesan tembakan pada bajunya itu telah hilang dan kembali menjadi seperti sedia kala.


#4. The Avengers

Di dalam sebuah babak di mana Thor telah memusnahkan segala-galanya di sekelilingnya, bumper sebuah kereta yang telah kemek tiba-tiba kembali menjadi seperti sedia-kala.


#5. Dallas Buyers Club

Filem ini kononnyan berada pada tahun 1985, tetapi dalam satu adegan ini kita dapat melihat poster Lamborghini Aventador di dinding. Kereta ini hanya dikeluarkan pada tahun 2011.


#6. Titanic

Nampaknya terdapat dua buah kapal Titanic. Jika tidak, bagaimanakah kita dapat menerangkan tentang perubahan pada bentuk kapal ini?


#7. Terminator 3: Rise of the Machines

Nombor pada badan pesawat kecil yang dinaiki oleh John dan Kate berubah saat ia berada di udara dan kembali menjadi nombor asalnya apabila mendarat.


#8. Marie Antoinette

Kesilapan yang sangat mengejutkan dapat dilihat dalam biografi ratu Perancis yang diarahkan oleh Sofia Coppola. Nampaknya kasut Converse sangat popular di kalangan bangsawan pada abad ke-18!


#9. The Usual Suspects

Apabila kita mula-mula melihat pesawat yang masuk ke lapangan terbang, ia mempunyai empat enjin. Namun tiba-tiba dua buah enjin daripada 4 enjin tersebut telah hilang.


#10. Ted

Watak utama John seolah-olah memegang iPhone secara terbalik di hampir semua adegan dalam filem itu. Nampaknya posisi beliau memegang telefon tersebut tidak menghalangnya daripada berkomunikasi.


#11. Gladiator

Dalam filem Gladiator mengisahkan bahawa orang Rom kuno. Namun begitu dalam filem ini muncul kapal terbang di langit. Bagaimana kesilapan seperti ini boleh berlaku kerana kapal terbang tersebut nampak dengan jelas.


Sumber - Taikotai

No comments