10 Pekerjaan yang pelik dan janggal di luar negara
Mendapatkan pekerjaan sememangnya perkara penting dalam kehidupan masa kini. Tanpa pekerjaan, tiada pendapatan maka sukarlah menampung kehidupan ini.
Ramai yang sanggup membuat apa-apa sahaja untuk mendapatkan pekerjaan dan terdapat juga yang mencipta pekerjaan sendiri.
Untuk itu, mari kita lihat beberapa pekerjaan yang pelik di luar negara.
Mungkin, ada beberapa pekerjaan sesuai dalam negara kita.
1. Pengubah bongkah ais
Selepas peristiwa kapal Titanic yang tenggelam, sebuah organisasi ais antarabangsa telah menetapkan bahawan bongkah-bongkah ais perlu diletakkan pada tempat yang betul di Lautan Atlantik.
Seseorang perlu ditugaskan untuk mengubah atau memindahkan bongkah ais yang boleh menghalang pergerakan kapal-kapal.
Pekerjaan ini boleh mendapat gaji sebanyak hampir RM 90,000 setahun.
Jadi, ada sesiapa berminat bekerja di kutub ais?
2. Pemancing basikal
Bunyinya sahaja sudah pelik bukan? Tetapi pekerjaan ini benar-benar wujud di Amsterdam, Belanda.
Pekerjaan ini wujud kerana banyak basikal yang terlibat dengan kemalangan dan terjatuh ke dalam sungai di Amsterdam.
Mereka ditugaskan untuk mengambil basikal yang terjatuh itu dan dipulangkan kepada tuannya.
3. Penentu jantina anak ayam
Masihkan anda ingat babak lucu dalam filem P.Ramlee, Nujum Pak Belalang?
Dalam filem tersebut, seorang ahli nujum memberi soalan kepada Pak Belalang bagaimana cara menentukan anak ayam yang masih tidak boleh dilihat jantinanya ketika itu.
Kini, jawatan untuk melihat jantina anak ayam benar-benar wujud. Gajinya juga agak lumayan iaitu sekitar RM 270, 000 setahun.
4. Penolak Penumpang
Pekerjaan pelik ini wujud di stesen-stesen kereta api yang sibuk seperti Tokyo dan Shanghai.
Tugas yang perlu dilakukan ialah menolak penumpang untuk memudahkan mereka masuk ke dalam kereta api ketika waktu puncak.
Gaji yang boleh diterima adalah sebanyak RM 105 untuk setiap jam. Lumayan juga kan?
5. Penghidu bau
Kerjanya amat mudah, anda hanya perlu menghidu bau sahaja. Pekerjaan ini wujud dalam industri minyak wangi, deodoran, dan pencuci kuku untuk mengembangkan lagi produk mereka.
Walaupun nampak mudah, tetapi hanya penghidu bau profesional sahaja layak iaitu mereka yang boleh mengenal pasti bau yang wangi dan sesuai untuk sesuatu produk.
Gajinya juga amat tinggi iaitu boleh mencecah sehingga RM200,000 setahun bergantung kepada tahap kepakaran seseorang.
6. Pemakai Pakaian Gajah
Di beberapa buah negara seperti Sri Lanka, India, dan Thailand, gajah sering berada di lorong-lorong dan luar daripada zoo.
Oleh itu, beberapa orang individu ditugaskan untuk memakaikan pakaian yang cantik-cantik kepada si gajah untuk persembahan atau aktiviti pelancongan.
7. Pembersih Telinga
Pekerjaan pelik ini wujud di India. Jawatan ini merupakan turun-temurun daripada ahli keluarga serta dilatih secara profesional untuk membersihkan telinga seseorang.
Beberapa alat digunakan bagi membersihkan telinga pelanggan iaitu kapas, jarum dan penyepit.
8. Penjaga Kereta
Jika di rumah atau bangunan, kita ada pengawal keselamatan untuk mengawasi keselamatan di tempat tersebut.
Tetapi di Costa Rica, tugas penjaga kereta diwujudkan untuk menjaga kereta seseorang daripada dicuri.
Mereka hanya bekerja dengan mengambil upah sehingga RM50 untuk sebuah kereta.
9. Peneman tidur profesional
Jika anda suka tidur, tugas ini amat sesuai untuk anda. Pekerjaan ini wujud di Jepun dan Amerika Syarikat.
Seseorang peneman tidur ditugaskan untuk bersembang, tidur, dan memeluk pelanggannya.
Tugas ini juga diwujudkan bagi mengurangkan masalah tekanan.
10. Menangis secara profesional
Di Afrika dan China, terdapat tugas menangis secara profesional ketika upacara pengebumian. Hal ini untuk menghidupkan suasana kesedihan ketika upacara ini berlangsung.
Di United Kingdom, tugas ini juga dilakukan bagi memenuhi tempat duduk dalam upacara tersebut.
Tugas ini boleh mendapat upah sebanyak RM300 setiap panggilan.
Sumber - Era Baru
Post a Comment