Yamaha NMAX Dengan 2 Warna Baharu



SEBELUM melabuh tirai 2017, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan warna baharu iaitu hitam dan biru bagi Yamaha NMAX. Serentak itu, warna sedia ada bagi sukter itu ditamatkan pengeluarannya.


Dari aspek mekanikal, Yamaha NMAX masih lagi dijana unit enjin 4-lejang SOHC silinder tunggal bersesaran 155cc. Hasil padanan transmisi V-Automatik, skuter itu mampu menghasilkan kuasa sebanyak 15hp dan tork 14.4Nm.

Yamaha NMAX turut dipadankan dengan teknologi Yamaha Blue Core yang mampu menawarkan ia menjadi lebih berkuasa, jimat bahan api dan mengurangkan kehilangan kuasa dalam operasinya.
Begitu juga dengan harga jualan masih kekal sama. Berdasarkan rekod semasa majlis pengenalan tahun lalu, Yamaha NMAX dijual pada harga RM8,812.84.


Antara ciri-ciri menarik NMAX yang lain adalah padanan lampu hadapan dan belakang LED, ruang kargo luas, panel instrumen LCD, brek cakera bersaiz 230mm dan tangki minyak berkapasiti 6.6L.


No comments