Honda Civic Type-R Baharu Kini Di Malaysia


Honda Civic Type-R kini secara rasmi sudah berada di pasaran tempatan. Bagi peminat Honda pasti ternanti-nanti akan kehadiran model ini.

Honda Malaysia juga meletakkan Civic Type-R Serba Baharu ini sebagai model Honda paling berkuasa daripada barisan model-model yang sedia ada. 

Harga yang di tawarkan hanya RM320,000 (Harga atas jalan termasuk GST tanpa insurans) 

Untuk model ini dari aspek mekanikalnya, masih menggunakan enjin yang sama seperti generasi sebelum ini tetapi sudah ditala (tuned) bagi menjadikan ia lebih berkuasa dan selesa dipandu.


Spesifikasi
  • Enjin 2.0-liter VTEC pengecas turbo
  • Transmisi manual 6 kelajuan
  • Kuasa Kuda 305hp (310ps) pada 6,500rpm
  • Tork 400Nm (2,500 - 4,500rpm)
  • 8.8L per 100km 
  • Kelajuan maksimum 272kmj.
Lebih menarik lagi, anda boleh mengisi bahan api RON95 pada Honda Civic Type-R Serba Baharu ini, kerana enjin jentera ini ditalaah khas untuk pasaran tempatan.


Reka Bentuk

Rekabentuk Honda Civic Type-R Serba Baharu dibina berasaskan platform Civic hatchback dengan frem badan rigid tinggi, meningkat 38 peratus dari segi ketegaran berbanding generasi terdahulu (pasaran Eropah).


Honda Civic Type R Serba Baharu turut tampil dengan penambahbaikan aspek aerodinamik bersama prestasi hebat dan kestabilan cemerlang berbanding generasi terdahulu (pasaran Eropah).


Pusat Kajian dan Penyelidikan (R&D) Honda turut membangunkan Sistem Ekzos 3-Tetapan bagi menghasilkan bunyi ekzos sempurna yang pada masa sama mengurangkan bunyi kurang menyenangkan.


Lebih tampak garang, Honda Civic Type-R Serba Baharu menggunakan rim aloi aluminium 20-inci bersama brek BREMBO untuk mencapai kualiti sistem brek yang lasak dan responsif.

Salur penyejukan pada bampar depan memberikan ruang kemasukan udara bersih untuk penyejukan udara efisien dan meningkatkan prestasi pembrekan pada kelajuan tinggi.




Sumber: Pandulaju

No comments