Cub Prix Pulau Pinang Batal!

KEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia Petronas pusingan ke-9 yang berlangsung di litar Batu Kawan, Pulau Pinang terpaksa dibatalkan ekoran keadaan cuaca tidak mengizinkan.


Faktor cuaca buruk memaksa pihak promoter membatalkan Cub Prix selepas pemeriksaan keselamatan litar dilakukan pada 8 pagi, Ahad.


Mesyuarat steward AAM turut memutuskan keadaan di perkarangan Stadium Batu Kawan tidak selamat digunakan akibat hujan lebat dan ribut yang melanda sepanjang hari.


Pusingan akhir Kejuaraan Cub Prix akan bersambung di Bandar Penawar, Johor pada 18 dan 19 November 2017.

No comments