Kisah Kejayaan Syarikat Kereta Jenama Mewah Bugatti

#1-Sejarah Kereta Mewah Bugatti.

Dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai bakat-bakat seni dan mewarisi kemahiran dalam bidang rekaan dan pembuatan kereta, Ettore Bugatti telah membina sebuah kilang kecil di Perancis pada tahun 1909.
Dia kemudiannya telah mereka pelbagai jenis kereta yang mempunyai variasi enjin berkuasa tinggi dan mempunyai rekaan yang cantik selama 30 tahun di kilang tersebut.
Kilang kecil tersebut bukan sahaja digunakan untuk memghasilkan kereta tetapi turut juga digunakan untuk membuat enjin, peralatan mesin dan banyak lagi produk-produk untuk keperluan industri dan automobil.
Kesemua produk yang datang dari bengkel mereka telah dikenali ramai sebagai kenderaan dan barangan yang berkualiti dan direka dengan penuh integriti menggunakan material yang bagus.
Daripada sini, Buugatti telah membina identiti dan kredibiliti bagi syarikatnya sendiri yang menjanjikan kepuasan kepada pelanggannya dari segi rekaan dan kualiti.
Pada awalnya, Bugatti telah mensasarkan untuk turut menghasilkan kenderaan lain selain kereta seperti  keretapi, kapal dan kapal terbang.

#2-Nama Bugatti Semakin Dikenali.

Pada 1933, dia tampil dengan rekaaan keretapi inovasi  yang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai bagi menggantikan keretapi tradisional yang menggunakan logam yang sangat berat.
Rekaan keretapi inovasi ini didapati lebih bersih, ringan, selesa dan pantas. Dicatatkan pada tahun 1934, kelajuannya adalah 196 kilometer per jam.

#3-Jenama Yang Masyhur Sepanjang Zaman.

50 tahun kemudiannya, syarikat Bugatti telah menghasilkan ratusan keretapi dan setiap satunya telah diuruskan oleh syarikat ini. Hal ini telah membantu perkembangan syarikat dengan pesat.
Mereka telah mengembangkan operasi mereka dalam industri pembuatan kapal dan bot.
Syarikat ini juga telah melakukan revolusi untuk produk-produk lain dan meraih kejayaan yang besar ketika perlumbaan motor Grand Prix.
Banyak rekod perlumbaan yang terpantas dicatatkan oleh pelumba-pelumba yang menaiki kereta buatan Bugatti sekitar tahun 1920 dan 1930.
Pertama kali kereta jenama ini memasuki gelanggang perlumbaan, ia telah berjaya memenangi 4 kedudukan teratas.
Pada 5 tahun yang seterusnya, tiada kereta jenama lain yang boleh menandingi dan menyaingi kehebatan Bugatti.
Dengan hampir 2000 kemenangan dalam arena perlumbaan menggunakan kereta keluaran syarikat ini, kereta Bugatti sememangnya menjadi buah mulut dan pujaan ramai.
Sememangnya, jenama ini adalah raja di arena lumba kereta dengan sejarah kemenangan yang menjadi fenomena.

#4-Era Kejatuhan Bugatti Bermula.

Namun begitu, langit tidak selalu cerah. Adat berniaga memang ada waktu pasang surutnya.
Syarikat ini mula mengalami kejatuhan mendadak bermula peristiwa yang menimpa pengasasnya, Ettore Bugatti.
Dia mengalami kejutan emosi dengan kematian mengejut anaknya pada tahun 1939.
Rentetan daripada peristiwa ini, teraju syarikat telah diambil alih oleh kilang Molsheim semasa Perang Dunia Ke-2.
Di sebalik tekanan peribadi dan kerjaya bisnes yang dialami oleh Ettore, dia berjaya pulih dengan pantas daripada yang dijangka.
Sekembalinya beliau ke dalam syarikat ini, beliau telah merancang untuk mereka pelbagai jenis kereta yang mewah dan berkelajuan tinggi.
Namun, kematian Ettore pada tahun 1947 telah memberikan satu tekanan yang besar kepada syarikat Bugatti.
Jenama Bugatti kali terakhir didengari adalah semasa pertunjukan motor di Paris pada tahun 1952.

#5-Bugatti Kembali Menjadi Jenama Pilihan Eksklusif Dalam Pasaran.

Syarikat Bugatti kemudiannya mengalami pengubahsuaian apabila diambil alih oleh Hispano-Suiza pada tahun 1968.
Jenama ini kemudiannya beralih tangan kepada seorang usahawan Itali yang bernama Romano Artioli.
Dia telah menubuhkan Bugatti Automobile Spa pada tahun 1987. Pada tahun 1998, jenama Bugatti sekali lagi bertukar pemilik iaitu syarikat Volkswagen AG.
Legasi jenama Bugatti kekal sebagai kenderaan yang menjadi fenomena sejak berzaman dan telah mencipta sejarahnya yang tersendiri.
Walaupun telah bertukar hak milik dan pengurusan namun jenama ini akan kekal di ingatan penggemar kereta sebagai kenderaan yang direka dengan berkualiti dan mutu keunggulan.

No comments