6 Langkah Beli Rumah Dengan Mudah

#1 – Pastikan Simpan Keuntungan Dalam Akaun Bisnes Bukan Campur Dengan Akaun Peribadi.


Mungkin bisnes anda skalanya kecil akan tetapi, wajib untuk anda bagi yang menjalankan business enterprise, pastikan setiap jualan atau sales yang masuk ke dalam business kita adalah melalui akaun bank syarikat. Jangan guna akaun bank peribadi.
Bukan sebab tak nak kita terbelanja atau tercampur dengan duit belanja lain semata-mata, akan tetapi kita nak pastikan bank tengok transaksi akaun perniagaan kita itu aktif. Ada keluar masuk, barulah senang nak buat pinjaman dengan bank. Atau mungkin anda tidak perlu buat pinjaman bank, mahu bayar cash tidak mengapa.

#2 – Jangan Lupa Gaji Sendiri


Sebagai peniaga, kita kena tetapkan gaji bulanan kita sendiri. Jangan main redah sahaja ambil semua duit keuntungan selepas gaji pekerja untuk dibelanjakan.
Bayar gaji untuk diri sendiri dan bayar KWSP untuk diri sendiri juga. Kena ada jumlah gaji yang tetap untuk diri kita sendiri.
Apabila kita mahu membuat pinjaman bank untuk membeli rumah, bank akan lihat kita mempunyai 2 jenis income. 1 pendapatan datangnya daripada bisnes kita dan 1 lagi pendapatan datangnya daripada duit gaji.
Jangan ambil gaji secara cash sebab Bank nak tengok transaksi wang masuk ke akaun kita secara konsisten sebaik-baiknya 6 bulan dan lebih.
Jadi, walaupun mungkin kita yang masukkan gaji pekerja di mesin ATM, jangan lupa masukkan yang kita sekali. Jangan terus ambil gaji daripada poket.

#3 – Minimakan Permohonan Pinjaman


Apabila dah habis universiti, selalunya kita dah seharusnya ada satu hutang, hutang PTPTN. Apabila dah bekerja pula, mulalah, perlukan kenderaan pula, buat lagi pinjaman kereta. Ini belum masuk lagi pinjaman peribadi, nak buka bisnes, nak kahwin dan sebagainya.
Jangan mudah terpengaruh untuk membuat loan kereta, loan peribadi atau loan-loan lain yang boleh menganggu DSR kita. Sebab DSR, takut-takut nanti pinjaman yang kita buat ini boleh menyebabkan pinjaman rumah kita terjejas dan tidak layak untuk membuat pinjaman rumah.
DSR adalah maximum komitment yang kita boleh buat berdasarkan total pendapatan kita. DSR berbeza-beza mengikut bank dan juga pendapatan kita. Ada yang cuma 50%, ada yang 60% dan ada setinggi 70%.

#4-Pastikan Kita Setia Membayar Cukai


Kita sebagai peniaga kecil selalu elak bayar cukai. Sebab kita nak maksimakan keuntungan kita. Ya, mungkin tidak berapa besar jumlah untung kita sebab itulah ramai peniaga kecil tak isytiharkan pendapatan.
Sebenarnya kalau kita bayar cukai, kita dapat memastikan pendapatan yang kita dapat sama seperti yang kita isytiharkan kepada LHDN. Inilah bukti yang kukuh menyokong pendapatan kita itu betul pada pandangan pihak bank.

#5- Jadikan Rumah Pertama Sebagai Pelaburan Untuk Rumah Idaman.


Rumah pertama yang kita beli dicadangkan jadikan sebagai rumah pelaburan. Mungkin kita baru berkahwin, kita sudah ada rumah sewa pada harga yang berpatutan dan kita dapat rezeki dapat beli rumah pertama. Kita boleh kekal tinggal di rumah sewa yang murah dan sewakan rumah pertama kita pada orang lain.
Kenapa kita perlu jadikan rumah pertama sebagai pelaburan? Sebab kita nak bina pendapatan daripada rumah tersebut supaya dapat tampung beban untuk membayar hutang pinjaman rumah setiap bulan.
Pastikan agreement rumah yang kita sewakan ada stamping LHDN. Bank akan nilai pendapatan sewa itu selepas ditolak dengan installment bank sebagai pendapatan kita. Jadi mungkin boleh beli rumah lain yang diidamkan.

#6 – Jangan Beli Rumah Guna Nama Pasangan Bersama


Jangan beli rumah atas dua nama suami dan isteri. Kerana maksimum pinjaman rumah sebanyak 90% hanya untuk dua buah rumah yang pertama kita beli. Rumah ketiga, bank biasanya meluluskan pinjaman sebanyak 70% sahaja.
Maksudnya, bagi pasangan suami-isteri, mereka boleh mendapat pinjaman rumah sebanyak 90% untuk membeli 4 buah rumah. Rumah kelima dan seterusnya, bank hanya meluluskan 70% sahaja.
Rugilah kalau kita beli rumah dengan menggabungkan nama suami dan isteri. Kita hanya boleh membeli dua buah rumah dengan pinjaman sebanyak 90% sahaja. Lebih menguntungkan jika rumah pertama sehingga ketiga, kita sewakan pada orang lain.
Pendapatan daripada hasil sewaan ketiga-tiga rumah setiap bulan dapatlah kita gunakan untuk bayar hutang pinjaman rumah keempat. Jadi, secara automatiknya, kita dapat beli rumah idaman sendiri secara percuma - Majalahniaga

No comments